ROXANNE RACHEL YANG COMEL


Candy Crush Saga -  Color Bomb

Saturday, December 28, 2013

Kihaaaaa ! Merry Merry Chirstmas & Happy 2014 !

 
Hallooo blogiblog .. eh macam bulgogi pula .. haha .. Selamat Hari Natal dan Selamat Tahuin Baru semua .. 


Pejam celik pejam celik .. mahu tukar tahun 2014 sudah .. macam magik pula saya rasa .. maka macam baru semalam tu 2013 . aiseh ... ayat tida bulih pakai .. macam semalam kunun .. macam poyo saza ? haha

Hari ni 28 disember 2013 .. bah kira2 ada la lagi 3 hari gitu mau new year kan.. yeee ..saya suka saya suka macam si mei ling upin ipin cakap . haha.. so apa azam baru guys ?kasi kurus badan ? wajib kali ahh tu tiap tahun tapi macam tida pandai kurus saja ?? masam gundut saza ??

Okay okay okay.. macam lama suda ni saya tida update blog.. hehe . dari yang bulan 9 lagi pula ni ... sebab susaa..tiada internet connection .. skrg pun pun guna broadband sim celcom yg 5 rgt 1 hari punya . pasang hotspot saja ni mengonect internet .. hehe .. belum lagi saya membeli broadband . hehe . mahal baaa kununn hehhe

Eh hari ni saya karaja petang .. awal masi baa kan . hehe ... So far .. keja 3 bulan ni ok ok juga la .. siok siok juga keja daripada diam2 macam itu tonduyutung kan di rumaa .. tapii tuari ..bila dapt cuti krismas lama sikit .. trus macam malas suda mau p kerja .. bulih ka cuti 1 tahun gaji jalan? .. ehehe !

Erm erm .. apa lagi saya mau cakap ahh .. ohyaa .. nanti bisuk2 mau masuk suda 22 tahun .. oh tidak .. terasa pula diri ni amat muda dan smakin shomel ! hahha ..

Apa lagi ahh karutan saya mau cakap ni ? oo kita kasi summarised la kan apa2 life event saya ni tahun ? Tahun ni achievement saya ada lah adalah ... hmm ... sy habis diploma nursing ini tahun bulan 6  .. haha .. yeaa . 2013 . such a memorable year .. konon .. ahaha .. Lepas tu .. Kerja ini tahun juga bulan 9 .. Convocation ini tahun juga bulan 11.. 1st salary pun ini tahun juga bulan 11 .. siok juga la 2013 .. thanks  ah 2013 . banyak kenangan saya ni tahun sama kau .. saya bagi ko love yg agayooo ! Apa apa pun .. Thanks to God sebab sentiasa menyertai hidup kita setiap hari . Amen !

Sekarang saya terfikir ... mauu ambil nissan almera ka atau toyota vios ? ahhh ...tepala .. kumpul duit dulu bikin deposit .. haha .. jangan kelam kabut orang bilang ..

Ehemm . Looking towards 2014 ! Tapi saya karaja pula time newyear . haha .. tidaapala kan .. 1hb petang  baru balik keningau

okay .. sekian karutan dari saya ni hari ..  Apa apa pun .. live love & laugh !

P/s : Dulu dulu naik airbus airasia .. sekarang naik landbus tungma ! yeye !

Wednesday, September 11, 2013

Bermulanya kisah hidup baru ?

Halo semua .. selamat malam ..

Secara rasminya saya ditempatkan di Hospital Queen Elizabeth I .

ok . saya masi blur2 di sana .. saya takut .. smua perasaan bercampur baur macam itu coffee mixx .

Bersyukur juga sebab dapat tempat yang dekat .. senang balik pigi keningau .. tidak payah naik kapal terbang . weeeeheeee !

Ok . apa saya rasa pakai unifom? saya rasa janggal . tida tau kenapa .. hehe ..

walaupun kawan2 terpisah..kawan2 kolej dulu  ada yang dapat tempat berlainan . ada yang area kk ja . dekat .. bagus . tapi yang area jauh ? hm . walaupun jauh .. persahabatan kita tetap berkekalan ..

Terima saja dimana penempatan yang kita dapat ... walaupun sukar ...untuk belajar berdikari ..bila lagi mau ambil pengalaman baru kan ?  saya yang dapat di kk pun ... nangis2 sebab rinduu mamy dan bb ..

Saya akan buat yang terbaik dan terbaik untuk jadi seorang jururawat yang berguna ! haha..

saya haraap juga saya dapat mentor bagus dan tida sombong .. yang ikhlas mau ajar ... juga kepada student2 kskb ..  ajar2 la saya yang tida tau apa2 pasal setting gov.

sekian .. mengantuk .

Sunday, September 8, 2013

Korean ?

100 fakta menarik mengenai orang korea yang kamu minat. mungkin anda dikalangan mereka.
 
100 Fakta Menarik Mengenai Orang Korea Selatan.

1. Orang Korea jarang makan guna tangan kerana dianggap sebagai kurang sopan

2. Orang Korea suka makan bawang putih kerana dipercayai dapat meneutralkan darah

3. Selain disebut sebagai negara Gingseng, Korea Selatan juga terkenal dengan gelaran 'Republic of Plastic Surgery'

4. Remaja di Korea lebih suka hadiah ulang tahun seperti pembedahan plastik berbanding hadiah seperti kereta dan sejenisnya

5. Had umur remaja Korea untuk melakukan pembedahan plastik mestilah berumur atas 14 tahun

6. Negara yang ingin bersaing dengan Korea dalam hal pembedahan plastik adalah Thailand.

7. Majalah-majalah di Korea mempunyai banyak iklan tentang pembedahan plastik dan itu adalah perkara biasa

8. 50% wanita berumur 20 tahun di Korea Selatan pernah menjalani pembedahan plastik.

9. Semasa cuti sekolah panjang, kebanyakkan pelajar Korea akan melakukan pembedahan plastik.

10. Tempat pembedahan plastik paling canggih dan moden berada di Korea Selatan

11. Artis Korea yang melakukan pembedahan plastik adalah perkara yang perlu dan biasa.

12. 40% pengunjung klinik untuk pembedahan plastik adalah golongan lelaki.

13. Rata-rata lelaki Korea menjalankan pembedahan pada bahagian mata agar menjadi lebih besar dan ada juga lelaki Korea yang menjalani pembedahan plastik untuk mengecilkan payudaranya.

14. Berdasarkan kajian, lelaki Korea melakukan pembedahan plastik kerana ingin kelihatan seperti Jang Dong Gun

15. Kos pembedahan plastik di Korea 50% lebih murah berbanding Jepun.

16. Wanita Korea yang menjalani pembedahan plastik agar wajah kelihatan seperti Song Hye Gyo

17. Pembedahan plastik adalah perkara yang biasa di Korea, jadi ia bukan satu masalah jika banyak artis yang melakukan pembedahan plastik

18. Wanita Korea ramai yang mengubah mata mereka menjadi lebih besar dengan pembedahan plastik

19. Mengikut kajian responden, 70% lelaki ingin menjalani pembedahan plastik

20. Kebanyakkan orang Korea menghabiskan 30% dari hasil pendapatan untuk pembedahan plastik

21. Di Korea Selatan, terdapat 1,200 doktor bedah plastik, namun jumlah itu masih dianggap kurang.

22. 95% orang Korea yang mempuyai lipatan di kelopak mata adalah hasil dari pembedahan plastik.

23. 25% ibu-ibu di Korea menyuruh anaknya yang masih berumur 12-16 tahun untuk melakukan pembedahan plastik

24. 76% wanita Korea berumur 20-30 tahun sudah melakukan pembedahan plastik

25. Di Korea, masih tiada lagi ujian untuk menentukan kecemerlangan pelajar dan 2 minggu sebelum ujian bermula, perpustakaan akan penuh dengan pelajar.

26. Di Korea, sekiranya ada pensyarah yang terlambat walau hanya 2 minit, maka pensyarah tadi akan segera meminta maaf kepada mahasiswanya

27. Semua mahasiswa Korea diwajibkan untuk bercuti selama 1 semester atau lebih sepanjang menjadi mahasiswa

28. Di Korea, Kimchi dipercayai dapat menambah selera makan.

29. Kimchi tersenarai di dalam 5 makanan tersihat dunia versi Majalah Healt Magazine

30. Di Korea, enjin carian Yahoo dan Google kurang popular kerana mereka lebih suka menggunakan enjin carian tempatan.

31. Ketika mengambil gambar, orang Korea lebih suka mengucapkan perkataan 'kimchi' daripada 'cheese'

32. Bahasa pergaulan remaja Korea lebih cenderung berbentuk singkatan seperti "AMIGO", salah satu judul lagu SHINee yang panjangnya adalah Areumdaun Minyeorueljoahamyeon Gosaenghanda (Hati jadi sakit ketika kamu jatuh cinta dengan si cantik)

33. Di Korea, ada hantu nakal yang disebut Dokkaebi, mempunyai 1 tanduk di kepalanya dan selalu membawa tongkat ajaib

34. Orang Korea suka makan mie di kedai kerana kalau dibungkus, ia akan berasa kurang panas dan itu sudah jadi kebiasaan.

35. Orang Korea bebas untuk memilih agama masing-masing. Bahkan orang Korea juga boleh untuk tidak memilih/ menganut agama apapun.

36. Jumlah penduduk Korea Selatan yang belum/ tidak memiliki agama sekitar 45.6%

37. Orang Korea biasanya makan dengan duduk di atas bantal (tanpa kursi) pada meja yang rendah dengan posisi kaki bersila.

38. Hallyu atau Korean Wave adalah istilah yang diberikan untuk tersebarnya budaya Pop Korea di pelbagai negara di dunia

39. Perusahaan TV Korea mengeluarkan biaya yang besar untuk menghasilkan drama dan ada yang berjaya di eksport keluar negara.

40. Marga Kim adalah marga paling banyak dipakai di Korea.

41. Bahasa Korea diakui sebagai bahasa paling logik di dunia karena konsonan dan vokal mudah dibezakan. Terutama konsonan menunjuk lokasi bibir, mulut, dan lidah

42. Rain adalah penyanyi Korea yang mengadakan konset antarabangsa di Madison Square Garden

43. Di Korea Selatan, terdapat siaran EBS(Educational Broadcasting System) untuk membantu pelajar belajar dengan lebih efisyen.

44. Lokasi pengambaran filem/drama bersiri Korea kebanyakan di buat di lokasi-lokasi menarik di Korea sekaligus dapat mempromosikannya

45. Pemilihan muzik latar untuk drama bersiri Korea sangat penting, bahkan semua pihak perlu terlibat bersama menghasilkannya.

46. Kebanyakkan drama bersiri/filem Korea yang di adaptasi dari komik/novel yang berjaya.

47. Drama bersiri Korea sangat digemari kerana jalan cerita yang menarik dan jumlah episod yang tidak terlalu banyak

48. Ketika ujian akhir di Korea, banyak keluarga akan memberi semangat kepada anak-anak agar sapat lulus dengan cemerlang.

49. Korea Selatan adalah negara yang paling maju dan inovatif untuk urusan pembedahan plastik

50. Pohon pinus adalah pohon cinta bagi orang Korea kerana mengandungi ikatan cinta yang kukuh, lurus dan tak akan pernah berakhir

51. Pulau Nami adalah pulau buatan yang dijadikan lokasi pengambaran drama bersiri Korea yang sangat terkenal iaitu Winter Sonata

52. Untuk mengelilingi Pulau Nami, hanya diperlukan masa selama 2 jam dengan hanya berjalan kaki.

53. Banyak drama bersiri Korea yang melibatkan pohon pinus

54. Kunjungan ke Muzium Teddy Bear di Korea meningkat setelah tertayangnya drama bersiri berjudul Goong/Princess Hours.

55. Kantin dalam drama bersiri BFF sebenarnya berbeza dengan tempat sekolah itu sendiri

56. Kebanyakkan orang Korea membunuh diri dengan cara menggantung dirinya

57. Pemerintah Korea membuka kaunter nasihat untuk mereka yang mengalami stress agar dapat mengurangkan kejadian bunuh diri

58. Artis korea tidak terlalu jaim

59. Salah satu penyebab bunuh diri di Korea adalah faktor ekonomi dan stress.

60. Ada laman web bunuh diri di Korea, dimana pengunjungnya akan berbual dan bertemu untuk bunuh diri bersama.

61. Banyak juga remaja Korea yang mengalami stress mengikut idolanya untuk membunuh diri sebagai jalan keluar

62. Remaja Korea rata-ratanya membunuh diri kerana stress akibat tempoh belajar yang panjang di Korea

63. Pemerintah Korea berjaya menutup sebanyak 250 laman web untuk membunuh diri pada tahun ini

64. Orang Korea suka minum kopi luwak dari Indonesia

65. Orang Korea jika berbuat salah akan segera mengakuinya dengan cepat dan jujur

66. Ada obor-obor yang di makan hidup-hidup oleh orang Korea

67. Tiada pelajar Korea yang merokok

68. Suneung atau Ujian Masuk Perguruan Tinggi Negeri di Korea dilaksanakan pada 13 November dan merupakan sesuatu yang unik

69. Suneung sangat dinanti-nantikan oleh para pelajar sekolah menengah di Korea kerana pada hari itu mereka akan bermati-matian menjawab soalan ujian.

70. Keluarga pelajar yang mengambil ujian di Suneung akan membawa sepanduk sebagai pemberi semangat

71. Pelajar sekolah menengah di Korea sudah diberikan tugasan rumah dan hanya disuruh belajar untuk ujian Suneung

72. Sekiranya lokasi ujian dijalankan berdekatan dengan bangunan atau stadium, maka bangunan/stadium itu akan ditutup sepanjang ujian berjalan.

73. Ahli keluarga akan memberikan hadiah kepada pelajar sebelum mengikuti Suneung

74. Hadiah yang biasa diberikan kepada pelajar ketika ujian Suneung adalah garpu, cermin dan tisu tandas. Garpu dianggap sebagai semoga tepat mengenai sasaran (jawapan).

75. Ada juga yang memberi semangat kepada pelajar yang mengambil ujian dengan mengupah pasukan sorak

76. Peserta ujian juga dilarang dari makan sup rumpai laut kerana licin. Dan licin sama ertinya dengan jatuh dan gagal.

77. Orang Korea memiliki sikap disiplin yang tinggi

78. Orang Korea suka mengucapkan aigoo (OMG)

79. Orang Korea lebih suka mengucapkan saranghae kepada teman rapat berbanding kekasih.

80. Banyak pelajar Korea yang bunuh diri kerana gagal masuk ke universiti. Sekitar 200 pelajar Korea bunuh diri kerana gagal masuk ke universiti selama setahun.

81. Ada beberapa sekolah di Korea yang jam belajarnya adalah 15 jam sehari

82. Orang Korea jarang mandi ketika musim sejuk

83. Kebanyakan makanan Korea mengandungi babi

84. Warga Korea Selatan dinobatkan sebagai warga negara paling stress di dunia kerana sukarnya kehidupan disana sehingga banyak yang mati bunuh diri

85. Orang Korea suka makanan panas

86. Kebanyakan lelaki Korea lebih romantik dan penyabar berbanding kekasihnya

87. Lelaki yang minum arak adalah perkara biasa di Korea

88. 81% penduduk Korea mengalami stress pada setiap hari

89. Orang Korea sudah terbiasa dengan antri dan berisik

90. Orang Korea kebanyakkannya menganut agama Buddha

91. Anak-anak perempuan di Korea biasanya bermain permainan gongginori iaitu sejenis permainan mirip dengan bola jaring.

92. Pulau Jeju adalah pulau paling terkenal di Korea dan sering dijadikan tempat pengambaran drama bersiri Korea

93. Tidak ada tempoh orientasi siswa ketika remaja Korea mula masuk ke universiti

94. The Garden of Morning Calm adalah taman tempat pengambaran drama bersiri You're Beautiful semasa Go Mi Nam memakai baju perempuan di rumah kaca

95. Jika ada yang mengucapkan "terima kasih" mereka jarang menggunakan kata "sama-sama" kerana diangap kurang sopan, tapi mereka lebih sering mengucapkan "tidak mengapa"

96. Orang Korea lebih suka menggunakan enjin carian tempatanl seperti Daum

97. Jika ada yang mengatakan "kamu cantik/" orang Korea jarang membalas "terima kasih" kerana dianggap terlalu bongkak. Mereka sering mengatakan "aah aniyo (tidaklah)"

98. Bunuh diri merupakan penyebab kematian utama bagi lelaki Korea yang berusia antara 18-35 tahun

99. Ketika putus cinta, kebanyakan lelaki yang akan berasa trauma atau sakit hati berpanjangan kerana mereka lebih menghargai

100. Orang Korea jika berbuat salah akan cepat meminta maaf.


Copied from  Aku lahir di Sabah , aku membesar di Sabah . jadi kenapalah BAH .

Few hours to go ?

 Selamat petang semua .. Keningau hujan oo sekarang tapi tidak lebat sangatlah .. sesuai juga cuaca begini sejuk-sejuk sambil menikmati kopi panas & kui goreng pisang .. hehe ..

Gambar dari Google ! terbaik bilang si Boboboi !

Ok .. tinggal beberapa jam lagi sahaja mau pigi 9.9.2013 .. Besok, kami semua yang Jururawat U29 lantikan baru akan melapor diri sana Mini PJ KK . Disana kena bagi tempat juga .. Hmm .. takut pula bila fikir pasal menjadi penjawat awam ni .. Macam belum ready pula..

Tapi apa-apa pun .. hidup .. perjalanan harus diteruskan .. mahu berundur pun tida bole suda ..
jadi .. bolos saja dinding simen itu ! 

Saya belum packing juga .. saya malas .. malas mau jalan .. Macam pening pula kalau fikir banyak urusan nnt mau kasi selesai .. Aiya ..

Tidapala .. bersedia sajalah ! nanti saya update la di mana saya keja .. lepas dapat tau dimana tempat besok .. terima ja nanti dimana kena kasi tempat . Hadapi dengan senyuman !  Ngeeeee !

Sekian ~





Friday, September 6, 2013

Feminine ?



Halo Halo Morning ! 

Naa disini ada satu barang saya mau tunjuk ..

Jengjengjeng !


This is the reason why I won't wear high heels.. haha

Plus .. I'm not a feminine type of girl..hihi ..prefer much more flat shoes or sneakers ! haha. well .. I love sneaker! hoho

Perlu jugalah pakai sekali sekala . tapi jaranglah ..kalau pakai pun yang tidak runcing dan tinggi sangat .. paling2 pun wedges saja .. itu pun rasa sakit suda tu kaki . haha

Boleh kah nanti kahwin pakai sneakers Converse saja .. ?

Women should only wear high heels if they really want to ..

i'll stop here for now ..perlu mandi untuk pergi ke Urus Setia..perlu berurusan sedikit..

 tataaaaa ~

 

 






Tuesday, August 20, 2013

Lover in the dark ?




Aloha semua .. selamat pagi ..

saya menyinggah duduk depan komputer ... *saya belum siap kerjarumah* haha . saya tengok perkembangan boyfriend saya yang di Taiwan .. tiba-tiba tergerak hati saya bah mau tengok perkembangan dia .. sebab lama suda dia tidak contact saya .. dia busy sama kerja dia kali .. malaslah saya ni kalau dia buat saya terabai . haha . delusi delusi ! Saya call pun voicemail saja . malas la saya ni begini .

Kamu mau tau siapa boyfriend saya ? si Jay Chou a.k.a bocou (nama timangan). wakaka.. Bocou kesayangan saya tidak update oo perkembangan dia sama saya ..Saya jenguk dia pun .. lepas rindu ma dia pun melalui MV MV terbaru dia ja .. susah hati saya ni .. takkan tiada langsung masa dia tu untuk saya ? benci la ! hihihi .. You nak munung I panjang seinci lagi ke Abang Bocou ? * tangan ke bahu ,mata ke atas * nanti susah lagi ko mau bayar kos operation polositik saya untuk kasi bagus rabas saya yang menjadi pelik disebabkan ko Bocou Sayang. hahahhaha !  <---- naaa gila sendiri ketawa ... sambil guyang-guyang kepala dengar lagu Blue yang dinyanyikan oleh skandals saya .. iaitu ahli ahli Big Bang ..

Bang Bocou ~  sekarang saya faham sudah kenapa lama kau tidak contact saya .. sejak 2007 lagi kalau tidak silap .. rupanya banyak sudah album kau kasi keluar .. album yang saya kasi rekomen2 kau buat dulu kan dear Bocou . haha . Saya tau bah tu kau cinta saya sebab kau dengar cakap saya kan untuk release album baru every year . Memang tu saya tau kau sayang saya ! hahaha .. <--- emm . saya gila suda kali ni . hihi..

ok laa ...  cukup la ah kekarutan saya di sini ...saya mau buat kerja lagi la ni ...

babaiii  ~


naaa ... ni gambar si Bocou .. saya snap time kami first date duuuuluuu   .. duluan-duluan dia buat Gwiyomi ... Kiyomi Kiyomi dia bilang !


Sunday, August 11, 2013

setia dalam perhubungan ?

 



ok haii selamat petang semua ..

saya baru bangun tidur ... tadi hujan kuat ... siok betul mau tidur ni..
saya terfikir pula ini mau mengarut pasal relationship.. saja la kan mau luahkan apa yang ada dalam fikiran saya .. sebab bukan juga saya ni pakar sintan sintun dan santan kan ..
saya terfikir ba .. kenapa dalam sebuah perhubungan contoh seperti yang famous sekarang ini orang bilang 'kapel mengapel' .. perlu ada kecurangan .. dan salah satu faktor dia adalah .. munculnya orang ketiga dalam perhubungan tersebut ... majoriti mungkin sebab orang ketiga la yang betul betul menjadi kan sebuah perhubungan putus .. terputus setengah jalan dan tidak kesampaian ..
jadi saya terfikir ... siapa yang salah disini ? pihak lelaki atau perempuan kah atau orang ketiga yang muncul tu ?

saya tida tau mana yang salah .. tapi setiap pasangan ada peranan mau jaga tu perhubungan bah kan ... kalau fikirfikir balik ...  buat apa bersama kalau masih tidak serius ... sakit bai tu kena kasi mainmain .. hehe .. uncle JD saya bilang .. “if you love two people at the same time, choose the second. Because if you really loved the first one, you wouldn't have fallen for the second.”
― Johnny Depp

naa... dari situ kita sendiri mau ingat suda..sebab .. sakit bai tu kena kasi mainmain ...  kalau setakat mau kasi main2 hati orang . tidak kira la si adam atau si hawa ka yang mempermain kan pasangan mereka dalam perhubungan. ... tapi kan kalau tiada orang ketiga .. saya rasa semua ok ba tu ...
ok kalau pasal orang ketiga ... saya rasa manamana orang pun harus respect harus hormat hubungan orang lain .. kalau kita suda tau yang si adam atau si hawa itu suda berpunya ... back off ... janganlah mau tergedik2 pigi jadi ulat bulu sama pasangan orang lain .tarang tarang suda tau in relationship masi lagi si orang ketiga mau p tunjuk kegedikan .sudah terang lagi bersuluh betul .. bukan la mau cakap tidak boleh kawan ... boleh kawan but jaga limit ... hormat orang punya hubungan  dan bukan mau jadi ajen pemusnah or ajen pembasmi kuman dan sebagainya dalam orang lain punya perhubungan ... tapi  macam tadi saya nampak si oyen punya status di pesbuk  ...  real men can't be stollen .. kalau kena rampas means gay dsb .. haha . lucu . but then . same goes to women ... sama juga ... kalau tidak mau kena panggil plastic ... emmm sendiri mau ingat la kan ...
tapi kalau itu lelaki atau perempuan sendiri yang pigi mengedikgedikan diri.. memasang skandal2 lain ... even dalam in relationship ... baaa . better buang pigi laut la atau sendiri pigi terjun darimanamana bangunan atau tempat yang tinggi ..

tapi ... believe in karma ... bukan kurma yusuf taiyub ah ..
“How people treat you is their karma; how you react is yours.” ― Wayne W. Dyer
“Karma comes after everyone eventually. You can't get away with screwing people over your whole life, I don't care who you are. What goes around comes around. That's how it works. Sooner or later the universe will serve you the revenge that you deserve.” ― Jessica Brody, The Karma Club

naaa  ... jadi selepas siapasiapa la yang tertentu .. sudah merosakkan hubungan seseorang ... jangan ingat boleh happy saja . sebab what goes around ,comes around kan .. contoh la ... kalau itu orang ketiga merampas si adam atau si hawa dalam sebuah perhubungan ... dan si adam atau si hawa itu kili kili juga biulbiul pigi melayan, tidak tau mau setia sama pasangan masing-masing ...  jangan harap dapat happy sepanjang masa . sebab mungkin pada masa akan datang mungkin akan dapat balasan yang sama ... janganlah sudah terhantuk baru tergadah ... patut dari awal lagi mau fikir pro dan contra ok ... fikir kesan ...  banyak orang cakap time eventually heals all the wound .. yala . betul juga . but it takes a long time long period to heal .. kalau antara tu lelaki dan perempuan suda terkena pada masa lalu dan sudah tidak percaya lagi and tidak yakin untuk menjalinkan hubungan baru .. dan tu orang jadi andartu . andalusia ..bujang terlajak bujang lapok ... naa itu semua effect dorang pada masa lalu ... siapa yang mau bertanggungjawab ..  kesian la patah hati sampai mati kan.  

satu ja la ... jalin hubungan bila suda yakin dan serius .. bukan ikut hati nafsu saja... lastlast terhenti separuh jalan ..  rugi la .. tidak juga bagus kan mau kasi main2 hati orang kan ...

apaapapun . buang yang keruh ambil yang jernih .

ok laaa ... suda la saya mengarut di sini .. saya mau keluar bilik suda sebab saya dengar dorang mami saya ketawa2 tengok tiwi di luar . mau juga saya join dorang tengok apa .. hehe

ok la ahh . sekian.. selamat berhujung minggu dan selamat berhari isnin besok .

Thursday, August 8, 2013

masih adakah cinta kita ? tiada ? oh no !

ok haii . saya baru saja selesai nonton movie indon yang bertajuk masih adakah cinta kita di box ofis ...

intro2 dulu .. pengarutan ... ni bulan punya mvoie tidak berapa siok .. ni ja la movie indon yang siok ... kebanyakan hantu ... ah . paling saya tidak suka ... yang suda saya tengok. .. movie hindustan hantu2 tajuk 3G
werewolf boy.  korea ... songjongki tu werewolf ... the crane ..jepun .. hantu2 juga ...  sama amorosa the revenge. hantu juga . adudui ..

ok berbalik kepada masih ada kah cinta kita . ada pasangan suami isteri ... si isteri disahkan menghidap kanser payudara .. dan si suami pula  gaya lain sikit .. playboy ... si suami tetap.sayang sama si isteri tapi dia tidak boleh kasi tinggal sikap dia yang playboy ... kinpanas tak gitu ? hoho ... tapi ini movie siok jugaa ... kalau mau download boleh kali disini ... tidak mau la cerita panjang2 kan . hehe

http://an-dhifirm4nsya.mywapblog.com/download-film-masih-adakah-cinta-kita-gr.xhtml

saya pun belum.test boleh download ka tidak . mana tau ada yang berminat kan ...

naaa . itu ja la ahh.  sekian ... ohya.  lupa ... ost dia pun siok . kesedihanku by sammy S. (vokalis kerispatih) 

move move move !

hai .. selamat pagi .. dan selamat hari raya pertama juga .. pada pagi ini saya mau mengarut sikit pasal move on .. apa pendapat kamu pasal move on .. ? saya pun tidak tau ba sebenarnya .. tapi baru-baru ini ada ja saya terfikir pasal move on  tapi malas saya mau menaip naip . hehe
ok bagi saya la kan ... contoh .. macam something happen .. sesuatu perkara yang  menyedihkan .. yang menjatuhkan semangat hidup telah berlaku dalam hidup kita .. contoh  saja la ... terus kita rasa aduhhh ... macamana ni sekarang .. macamana saya mau hidup ni begini lepas apa yang terjadi sama saya ...saya betul-betul rasa down...  naaa begitu ... refleksi diri masingmasing. 
ok ok ... terus macam mana ? apa lagi saya mau taip.. ok ... sekarang di facebook saya nampak yang budak2 tingkatan sekarang ... aduii bukan mau apa la kan ... nampak post2 mereka ... putus cinta saja ... terus post saya tidak.boleh hidup tanpa si dia . tanpa kau di sisi saya . astagah saya bilang ... budak lagi .advance juga ... kasi habis dulu tu pmr spm stpm diploma semua ...jangan sebab putus cinta terus jadi liar .. wild child .. rugi saja k . apa masalah kalau kamu move on saja . tiada boyfren girlfren pun . masi ada kawan kawan ... ibu bapa dan Tuhan bah di samping kita ...  tidak payah maki maki sumpah sumpah siapa yang buat hidup merana .. paling tidak bagus tu begitu .. move on saja ... dari diri sendiri ja tu mau fikir kita mampu atau tidak ..
ok la ... mungkin setakat ni saja kali .. tidak dapt fikir apa yang saya mau cakap sebab saya tengok movie indon sekarang.  haha . nanti saya update pasal ni movie ok ... bikin nangis juga ni ... tapi saya hati batu . dalam hati ja nangis tapi tiada keluar air di mata . hihi ...
sekian ....

Sunday, August 4, 2013

cuti ? pulang kampung ? happy happy ?

alooouuu . selamat petang . sekarang saya berada di daalam kereta ... dimana . kereta yang sedang dipandu oleh dady menuju ke keningau. . baru juga jalan dari rumah nenek ... dari tambunan...

skema kunun ...

oyaaa . selamat bulan 8 ... 4 aug 13 .. saya tengok di sana wall facebook .. ratarata  semua kawan-kawan di sana post status pasal sampai hometown ... iaitu .  di negeri kitaurang la ... sabah .... dan kawankawan yang post tu pun penuntut uni .. kolej yang jauh2 dari tempat tinggal masing2...  hehe . mesti happy kan kalau dapat balik ...

terimbas kembali pula sebab saya pun macam tu dulu ... excited kalau mau balik sabah ...sebab 3 tahun belajar di tempat orang kan . jadi asal ada cuti panjang sikit 1 2 minggu ka .. mesti mau balik sabah . keningau . balik ruma .. iyala .. apa juga mau buat di tempat orang ... bagus lagi balik kan .   betul2 la best tu perasaaan mau balik... tapi ... time time cuti mau dekat abis suda ... ba sana la kesedihan melanda kembali . tidak mau balik p tempat orang ... tapi apa boleh buat kan . terpaksaaa ...

heheheh . sekarang bole la kali cakap sebab masi cuti lagi ... belum lagi ada panggilan?kjj*j***j*j***jjj ( hahaha ... tidak tau apa suda di tekan tadi sewaktu perjalanan .. tertidur boh )

okk sambung .. sekarang masih lagi kira cuti sebab belum ada panggilan ni .. hehe ... anggur pun belum lagi berbuah ..

baa yala ..  sukup la mengarut sudaa ni ... sekarang di keningau sudaa . di ruma suda duduk-duduk ... mau main candy crush lagi ni . haha

ok sekian ... bye ..

Wednesday, July 31, 2013

crazy little dance !

morning !

crazy little dance yang saya buat bila dapat lepas level di candy crush saga ! hahhahaha

 

ok sekian .. Bye!

Sunday, July 21, 2013

kawin kawinan ?

ok ok ok ...  ollaaa  ... selamat petang ... hihi ...

ni petang saya mau mengarut lagi pasal  kawin ... tiba2  ada idea mau mengarut di petang yang panas ini ... heeeehhh .

ok ... sy mulaa ... ada ba ni ... baru saya tertengok 1 rancangan tadi ... pasal yang ada la kaitan sikit pasal kawin kawinan..

sekarang kan kalau orang kawin semua mau umum2 d tiwi ... mau buat grand2 untuk tu 1 hari ja ... maklum la kan ... kawin .... tapi buat simple pun ok ba kan .. x payah mau press ... camera man tv2 berita2 semua2... kunun mau kasi tengok 1 malaysia ... hee . ok .. memang la tida salah kan dan suka  hati sendiri mau buat macamana kan ... tapi setiap orang mesti ada pendapat sendiri kan.. kebebasan bersuara hak semua . hahah karut ... emmmm...jadi tidak salah juga kan kalau saya cakap .takut juga saya kalau kena bom nanti . haha ...

bagi saya la kan ... biar la bersimple2 kan tapi ok2 la kan... x paayah kasi masuk tiwi semua ... sbb ... macam tbiasa suda ba  nampak dari dlu ... yang pasangan2 ... kawiinnn mau panggil press paparajiii smua ... ada yang tidak sampai 1 tahun kawin suda kena sarai ... tidak sembumbung semua .. diduakan . ditipu semua . dipoligami semua ... naaa jadiii .... apa la erti tu grand2 masa kawin kan ? kalau setia hujung nyawa tidapa la juga ... happiness dan happeningall the time . bahhh . karut . hahaha... ini sarai. .. poligami pasang 2 diam2 pun last2 tkantoi juga ba masuk tiwi... hehe ... tu berita sarai poligami pun  kena kasi grand juga macam time kawin kawinan dulu... apa macam la tu ...  hmmm

jadi kalau ikut saya la kan .biar la ba besa2 saja yang penting happy ... jangan sebab belakon d tv menyanyi d tv trus tu acara kawin pun yng mau kasi masuk berita CNN ... buat saja wedding reception la dmana tmpat2 yang mana2 ja la kamu suka ... tp jgn la smpai mau kasi masuk d tv kan ... bukan la mau ckap jeles ... tapi ... nanti2 yang benda x siok dilihat berlaku ? masuk tv ? alllaaaa...  *tangan ke bahu ..mata keataS*

hihi .. bah cukup la kekarutan saya ni ... nanti semakin karut pulaaa...

saya sambung la sikit ... ni kali  saya mau cakap pasal  attitude orang2 yang driving ...  paling bikin nebensian kalau ada orang bawa kereta .... mau membelok ka apa ka p kiri kanan masuk simpang masuk lungkang ka  tida pandai mau pasang signal ... jadi apa kau buat tu signal kereta kau kalau tida mau pasang ?bikin kasi hias kereta saja ? .. ni la ni salah satu punca eksiden juga kalau tu signal tida mau guna bila mau membelok atau apa2 la .. bikin panas u know ... kalau rosak signal kerta ... baahhh apa guna tangan ? kasi kluar ja tu tangan dari jendila bikin signal ...  memang phabo ! ... kalau orang2 d bandar pun guna signal bila mau masuk simpang kici ..orang bilang macam di kiki .. . apa lagi d pekan2 ... bagus  kasi hancur tu kerita ...

tiba2 saya marah . ahhahaha...

ok . sekian . nukilan dari saya . terima kasih .

Thursday, July 18, 2013

movie time ~

hallooo ... selamat tengahari tambalut tambalut sekalian ...
ni kali .. saya mau update pasal movie ... yang berkali2 suda saya tengok sni box office ... hehee

ok.. yang pertama..


1. MY NAME IS LOVE -THAI MOVIE
 
ok ... ni movie romantik + comedy . ni movie dia mengenai 1 orang lelaki yang bernam Que mau kejar cinta dari si Kerr ... c Kerr suka c Que dari sekolah lagi tapi time tu c Que  yang hensem n popular di sekolah reject c Kerr sebab dia gemuk dan tida cantik time kicil2 ... sekali time besar suda ..nnnaaa teBEBEH ba c Kerr ... entah bila si Que mula tersuka c Kerr ...  selalu la kunun c que kacau2 si kerr ... n asal ada lelaki dekat c kerr . mesti c que p kacau n buat tu lelaki jauh dari c kerr . hehe... bak kata si que ... dia melindungi puteri dia walaupun dari jauh ... puteri dia c kerr ... 
sy malas cerita panjang2. pengajaran dia .. jangan la kita kasi malu2 org2 yang suka kita walaupun dia buruk kalau yg zaman budak2 lagi la . hehehe. tapi sy bagitau ending dia la ... que sama2 juga kerr last2... macamana bole begitu ? kamu tengok al di youtube . ada juga tu full movie ..

ok..yang kedua 

2.RADIO GALAU FM - movie indon
orait...ini movie dia pasal 1 orang lelaki yang sentiasa galau .. apa tu galau ? bahasa indon ni .. dalam bm maksud dia celaru .. hero dia c Bara ... yang bcita2 mau jadi penulis ... dan dalam masa yang sama ada saja masalah dalam soal relationship and girlfriend dia ...
ni movie pun berunsurkan romance n comedy juga ..
kita kasi cepat sikit cerita dia ... c bara suda kapel sama c velin ... dorang 1 sekolah juga ... ok dorang bkapel la suda kunun ... macam c bara cakap ... bulan pertama bercinta semuanya manis ... masuk bulan kedua ... manis nya hilang brubah jadi asem ...  hehe ... c bara tida tahan sama c velin sbb gaya c velin yang selalu mnta manja n bagi tekanan sama c bara ... n mcm c velin fikir c bara perlu sama dia saja 24 jam .. terus c bara macam x masa sama kawan dia n trasa kena kongkong la ... last2 dia kasi gantung rlationship dia sama velin ... putus semntara tpi dia p couple  sama pmpuan yang 1 lagi ... c diandra ... cantik tapi  adadahh tu gaya ... gedik plus2 u know . haha . sy pun geram ni . hishh . bagi sy x patut juga la c bara kasi gantung relationship lepas tu p couple ma pmpuan lain ... atlast velin bawa break juga dari bara... 
kalau mau tau selanjut nya kamu tengok la ni movie . sy x tau dimana mau cari sbb sy belum search d youtube . hehe ...  pengajaran dia  yang sy dapt .. jangan la mau harap pasangan kita tu pasangan perfect ... macam c velin cakap ... pmpuan yang perfect tu wujud di dalam dunia novel2 cinta saja ... di dunia nyata ... TIADA .. so kalau x rasa cinta  suda dalam 1 perhubungan ... kasi putus saja . jangan kasi gantung2 tapi pigi kapel sama lain ..  

ok .. movie yang ketiga

3. I LOVE YOU MAS BRO -  movie  indon..
ok .. ni cerita dia pasal 4 adik beradik yang kematian
ibu bapa durang..  lepas tu hidup diorang jadi berantakan ... x tentu hala ...  naaa . nanti klau rajin . tengok la ... sy x pasti kalau ada di ytbe .. hehe .. pengajaran sy dapt dari ni movie ... kita sebgaai adik beradik mesti mau bersatu ba ... percaya antara 1 sama lain ... jgn sikit2 mau buruk sangka .. hheee
naaa sekian ja la ahh  update sa ni kli...

Tuesday, July 16, 2013

sweetest game ever ?!

halo halo .. selamat tengahari ... ok ... saya tensi tensi tensi ! kenapa ?? kenapa kau bilang ??

sebab CANDY CRUSH SAGA ! hoho !

sini ba sy stuck skrg .... level 123... aiya kau kenapa coklat ? apa masalah kau sma sya .. pasal kau ada sy stak sini level 123... sy makan kau baru kau tau ...

emm bahh .. jadi ... teda juga cerita niari ni ... sy sudah kasi siap keja d ruma . tinggal lipat kain lagi belum ni . hehehe ..  banyak lagi masa sy main ccs ! hehe

oyaaaa .... jawatan saya belum kena panggil untuk lapor diri hujung bulan ni ... kena suru relek2 dlu kali .. heee ! awal ba mau kerja ... takut lagi .... bnyak lagi belum settle ... baju ... cop smua .. nametagy . haha ..

sirat irusan paduka baginda pun belum lagi c abang posmen hantar ... hehehe . bilang pos laju ? x pun laju .. hihi...

ok la .. sekiannn .tata !

Friday, July 12, 2013

TGIF !



hallooouuu ~ selamat pagi warga warga bumi ..

em . sekian .  tida tau apa mau cakap .. tida tau apa mau update kan . hehe

masuk hari ketiga puasa suda kan sekarang ? saya mau mencuba puasa tapi makhluk2 di perut sentiasa minta makanan .. jadi .. macam tida dapat la .. hehe ... kasi kurang ja saya mampu hehehe ..

emm .. ni mau masuk minggu ketiga suda jadi ex student .. jadi penganggur .. yeee huureyyy .
*cacat tapi kelip-kelip mata*

ok ... minum nescafe .. yang suda sejuk ... saya sturang2 di ruma .. online .. buka lagu d pc kuat2 . yeaa . ruma suda jadi disko ..baara bara bara bere bere bere  ~

hari ni .. di keningau .. ok ja cuaca *sambil tengok cuaca melalui tingkap,tekicil mata dek sinaran matahari yang boleh tahan cahaya dia * apa ba saya mengarut ni ? saya sendiri  tida faham hoho

masuk minggu ketiga ni ... aktiviti saya di rumah tetap sama...
-bangun
-menyapu
-cuci kain
-masak
-lipat kain
-dsb ~ haha
 -ehhh candy crush wajib !  tida boleh miss ~ hihihi

merangkap maid yang berjaya ~ yihuuu !

ok la nanti kalau idea & jari jemari rajin menekan keybod

happy friday semua ! dan selamat berpuasa kpd saudara Muslim ~
dalam hati saya * cepat2 la mau sampai raya mau makan rendang ayam sambil giggling & garu-garu usus  *
Cute kitten playing with bubbles animated gif

Monday, July 8, 2013

saya serius suda

alohaiiaiaiaia.... camana mau sebut tu . ? saya pun tidatau oo . haha.. slamat malam hehe...

hari ni .. kerja saya .. tida juga apa2...
seperti biasa... cuci kain .. sapu rumah . mop lantai ... hehe... masak .. tengok tv...  pgi joging...

naaa yang joging ba tu mau yang mau kena fokus ...disebabkan ingin mencapai berat badan yang ideal ... saya lari 10 round kunun tadi  d kompleks... aiseh . ada peningkatan dari minggu lalu . minggu lalu 5 round suda penat hehe ... td lari 10 round . bejalan 4 round ... jadi total 14 round juga kan ehe ..! membuyuk saya ! tapi masi blum sampai 10000 steps sbb x sampai 16 round ..

bah tu ja ba tu . saya macam ada aura mengantuk sda ..macam saja .hehe gudnight blog !

Friday, July 5, 2013

aktiviti pengangguran

halu halu selamat malam ...

odoiii .. sy tida tau apa mau cakap ... saja ba ni .. sy bosan ... jadi update la kunun ... sambil duduk2 .. hoohoho... n tengok tiwi ... tiwi yang tengok sy . weee ...

sy baru saja kunun instal apps blogger di hp ... kelambatan ba.. ada ni apps senang juga sikit mau update3... tida paya pigi website blogger lagi . hehe ...

niari teda apa2 juga yang special terjadi . p ambil report kad adik kesayangan ja la ... hehe ... jadi kaka yang baik kunun ... tp adik kena cuci telinga juga la time di kelas tdi ... hehe.. cikgu yang mencuci .. sedih juga nampak ni .. tapi sabar sajaa sebab spm mau dkat da .. ngam la tu kena bising2 sikit .. sampai rumah dady mamy pun bising juga ... sbagai kaka yang baikk ... dduk d samping adik sambil ktawa2. buat2 macam tida kena bising . hehe...

yng tghari p makan soto .. soto campur . sdapp . hehe ... niari tida p joging sbb berat ni badan mau bawa blari2... telebih makan kui pisang sana sya beli d kd damai .. dekat area tmpat tinggai max . hehe . mau juga bgtau.  sedap lagi tu kui pisang dia ... nasib bulih tahan ni nafsu kegodootan . haha...

skrg ... asal online d pc or  d hp main ' kandi kras ' sama tetris ... tapi bikin sakit hati . sekarang kandi kras level 86... camana mau lepas tu . sulit amat . haiyaaa ...bikin sakit jiwa raga lagi live 5 saja . malas juga request live sama  orang haha ...

naaa ok la . itu ja untuk hari ini ... ok bye ... goodnight ! hidup kandi kras !

Tuesday, July 2, 2013

Hi Julai !

 




Okok .. selamat pagi ... aha

saya roxannerachel . merangkap maid d rumah sendiri ... mau mengarut sekejap d sini la ... curi tulang time kemas rumah . hehe

masuk 5 hari suda jadi ex student nursing ... memang penganggur la betul2 di rumah ni ... x mau buat ni ... kemas2 saja ... sampai x tau apa yang mau dikemas hehehe ...

bulan 6 ... banyak kenangan masa bulan 6 ... bulan terakhir sama kawan2 di kolej ... rindu pula ni ..rindu mau p kelas pagi2 ... p lecture semua .. skrg tiada suda begitu .. skrg tunggu surat lantikan lagi dari pihak tertentu ... x tau bila mau masuk kerja .. mau lapor diri .. risau juga ni . takut x terbiasa dengan setting hospital gov .. sbb x penah p hospital gov sebelum ni ... swasta ja . hmmm risauu !

bulan ni ... tiada plan apa sangat .. x plan yang dirancang..jadi diam2 di rumah saja ... cuba lose weight saja la .. sbb 58 kg ni skrg .. bahaya .. haha ...

hmm . sy x idea o mau mengarut pagi2 ni ... nanti kalau ada idea lagi . baru sy bising2 d sini ... ok bye ...


Thursday, June 20, 2013

Cerita yang saya kumpul ~

haloooo !  ... x tau apa mau cakap . hehe .

ok .. mula-mula sekali .. sori saya jarang update blog ... since awal bulan 6 , ehh .. ka sebelum bulan 6 tu .. saya pun lupa suda .. ingat-ingat lupa . hehe

ni ari .... 20 jun 2013 . ok .. 7 hari lagi saya disini ... di shah alam .. sebelum balik Sabah negeri di bawah bayu . hehehe ..

oyaaaa... berbalik kepada tujuan asal ... saya mau cerita pasal ... apa2 ja la ... saya start dari yang 12 jun la .. ok ... 12 jun 2013 .. tarikh kemuncak untuk student2 nursing yang terlibat .

12 jun 2013= exam LJM (LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA)

student nursing perlu lulus ini exam untuk dapat lesen ... lesen jururawat supaya boleh bekerja di mana2 hospital atau klinik ... tanpa lesen tiadalah kerja ...sottt saya ..

ok2 ... hari tu ... pagi2 jam 7 30 lagi pegi kelas ... untuk ambil slip exam ... sampai di kelas, ada tutor a.k.a mamy  sedang menunggu anak2 yang akan berjuang selama 2 jam setengah . selepas ambil slip exam ... semua student bersalaman dan bergudluck2 antara satu sama lain ... macam farewell pula .. haha ... lepas tu pegi exam hall ...

di exam hall .. ada 4 biji gula2 kena sedia d setiap meja ... dibekalkan supaya tidak mengantuk kali ...

exam hall ~~~~~~~~~ sunyi dan tenang .. tiada gangguan seperti blackout ~

ok habis exam around 11 .. ok ... semua balik and kami geng2 sabah ... p bergambar di foyer . ada ja mimik muka yang lucu2 tergambar..

lepas tuuu .... balik bilik .. packing ... sebab ... pada hari yang sama , student kkm pigi induksi (program transformasi minda) di kskb sg.buloh... packing punya packing ... sampai dekat jam 2 ..

opsss terlupa .... 10 jun 2013 kami ada exam teori cpr & exam practical cpr ...
RESULT = Both Passed !
fuhhhh .,..  boleh suda dapt sijil basic life support . 'I KNOW CPR ,I CAN HELP 'antara skrip dalam 2 man CPR. hehhehe

ok ..... sampai suda di kskb sungai buloh punya cerita ... ok .. kami direct pigi asrama ... p cafe mendaftar ... bayar rm 10 utk deposit kunci ... ok masuk bilik .. keluar & jalan balik p kolej untuk daftar di kolej ...  ohmann ~ penat baaa ... sudah la panas .. ada bukit2 lagi mau p kolej ... sakit kaki u know ... ahha gedik pula . cissss

sepanjang 5 hari program tranformasi minda .. kunun nya mau menjadi kan penjawat awam sebagai minda kelas pertama la kan .... banyak aktiviti yang dijalan kan .... contoh nya latihan berkumpulan .. aktiviti dalam berkumpulan .. ceramah and so on ... yaaa ... to be honest ... memang penat sepanjang 5 hari di sini ... tiap hari berjalan kaki p kolej ... pigi kolej ada bukit .. pulang asrama ada bukit ... aduiii betul penat .. aktiviti pun sampai malam 1030 ... masa tidur pun terhad ... bangun jam 6 pagi untuk pegi senaman robik jam 6 30 pagi ... tiap hari gitu .. siap jam 7 pagi ... berlari lagi pulang bilik sbb takut berebut tandas untuk mandi pagi .. lepas tu dalam jam 740 pagi jalan da pgi kolej untuk ceramah ... aktiviti berkumpulan dan sebagainya ... ehemm .. kumpulan saya ..kumpulan 10 ... PITUITARY HAVOC ! kenapa pituitary ? sebab pituitary adalah master gland dalam tubuh kita yang mengawal semua aktiviti2 hormon dalam badan kita ... something related with kerjasama mungkin ...  haha.. ada sedikit karut di situ ...

dari sudut positif - program transformasi minda .. bagus juga ... ceramah2 yang diberikan amat bagus untuk pengetahuan kita pada masa akan datang atau sewaktu menjadi penjawat awam .. dalam program ini juga ... camana mau cakap ahh .,. macam kita kena ajar macamana time management yang bagus ... macam mana ahh bagi contoh .. o .. macam awal pagi jam 6 bangun slama 5 hari berturut2 begitu boleh menjadikan diri kita lagi berdisiplin .. bangun awal . lepas tu harus samapai ke tmpat senaman sebelum 6 30 pagii ... balik pukul 7 pagi .. mandi bsiap semua ... 740 pagi pegi kolej ., pengurusan masa penting sewaktu berada di sana sebab lewat 5 minit smpai kolej akan di ambil nama .. semua la tindakan akan diambil ... demerit smua ... x tau la ...

apa lagi dari sudut positif ... ceramah  yang diberikan mampu menyedarkan penjawat awam untuk mengamalkan nilai-nilai murni sewaktu bekerja ... 1 yang saya ingat .,.. INTERGRITI - apa itu ..? kualiti nilai-nilai murni pada seseorang . contoh dia ... kita lakukan perkara baik apabila orang tidak melihat dan tidak melakukan perkara yang jahat apabila orang tidak melihat ... walaupun cermah dia bosan dan bikin mengantuk ...tapi cuba juga bertahan untuk mendapatkan info seberapa banyak yang mungkin . hehehe ....

5 hari berlalu ... sekarang - 17 jun suda ..

ok ... jam 6 pagi kami bangun & time bersedia ... safa p ketuk bilik n bagitau senam robik dibatal kan ... ok tukar seluar balik dan packing apa2 yang patut sebb niari kami balik suda p kolej simedarby . hehe .. so dari jam 8 la mula ceramah ja sampai petang jam 1 .. jam 2 ada exam ... MCQ 20 soalan . n soalan boleh tahan juga la .hehe ..lepas habis exam ... acara penutupan berlangsung ... ada lagi beberapa persembahan yang dilakonkan ...yang boleh tahan dia punya menarik . haha .,..lepas tu 5 30pm bgtu .. balik and urus apa2 yang patut... p cafe daftar keluar and dapat balik duit deposit rm10 .. hehhee ... jam 6 lebih baru bas sampai ... jadi .. dekat 7 setengah juga baru sampai kolej ....

ni kali tiada gambar sebab belum upload .... hehe .. nanti la kalau rajin lg update ... baru sy letak .. jadi ... sekian ... terimakasih !

pssstt ! makanan cafe kskb boleh tahan juga mahal dia hahahhaha ...

eh eh eh ... nanti dulu ... saya mau bagitau ..tadi sy stress kali tu ... terus saya p mencuci taandas ... rupanya .. bila saya stress trus sya membuat kerja2 pembersihan .. boleh tahan karut ooo ~  ...

ok bye !

animated girl funny





Friday, May 10, 2013

barang cikai ? bundle ? murahan ?

aloooooo haiiiiiii  ! jam brapa suda ni sekarang ? ohhh .. 10 mei 2013 suda ni ... jam 0020 am .

baaaa .. apa topik saya ni malam ah ? barang murah ? ehemm ... ada 1  rahsia tempat saya ... saya ada juga baa simpan barang yang muraaa ... & tu barang amat bermakna bagi saya ... sentimental value tu... betull ... saya serius ni ...saya tidak main2 .. hehehe ... kamu mau tau apa ? ehemmm .... CINCIN SAYA ... 1 biji ... 2200 WON SAJA .. 1 pasang .. 4400 WON ( mata wang kuria ... kamu kasi convert la pigi ringgit malaysia).. RM 1 = 367 won ...

 saya dan c tutttt ..*censored* beli ni dari 2009 .3 jun 2009... walaupun cikaiii ... muraaa ... tapi stainless juga ba .. bertahan juga sampai skrg .. tidak juga bakarat ... hohoo... ehemm.. guna duit lagi yang bikin blanja sekolah 1 minggu untuk beli ni .. tapi harga tidak penting ba kalau saya ... dia punya nilai sentimental bah yang penting bagi saya ... saya sayang btul ni ... p mana2 pun saya pakai juga .. kalau keluar p mana2 ... bukan utk perhiasan di tangan .. kalau setakat utk perhiasan setiap jari saya mau kasi pakai cincin ooo ... tu cincin tambaga pun saya hantam . yang ada jed2 fengsuii kunu . haehehee ... saya pakai ni cincin ... di jari manis tangan kanan . .. kenapa saya pakai ? sebab ini cincin bikin tanda peringatan saya sama tu orang d saaaanaaaa . yang jauh dari saya ... saya tidak tau dia pakai ka tida ..saya x paksa juga la sebab sendiri punya suka kan mau pakai atau inda .. manada juga org mau pakai yang mura2 kan .. semua mau pakai yang silver .. yang platinum ... yang ada biji berlian diamond ... shine bright like a diamond bilang c odu rihana ..  hoho ...

saya bulih dapat PALPITATION & TREMOR sampai SWEATING... (itu jantung berdegup pantas dan Itu jari jemari bagagar) kalau saya tida nampak ni cincin bila time saya mau pakai ... besa la kan .. saya simpan dalam laci ba selalu.. kalau laci bujang tau2 la samak dia macamana kan ... segala barangan ada bercampur2 .. turus tu cincin mogok dia betapuk sana pisuk pisuk tida mau kena jumpa .. cun juga betapuk kadang2 ... sampai saya membungkar laci saya & then end up with MANGAMAS  laci lepas jumpa ni cincin  ... insaf kunun sekejap tida mau kasi samak tu laci ... beberapa hari kemudian ... perkara yang sama mesti akan terjadi lagi .. omaaaaaiiii bakuteh ~

 jadiii ... begini la kisah saya sama cincin saya ... walaupun mura2 kan ...tapi saya sayang ..naaa ni naa gambar ....



 ok ... ini 3 jun 2009 ~








baaaa ok laaaa ... gud nite tompinaiii ..

p/s : saya bukan yang high class suka barang mahal .. jam tangan saya pun tida sampai RM 10 . appreciate barang yang kamu ada, jaga sebaiknya &  kamu akan jadi lebih happy ..





Wednesday, May 8, 2013

Simple conversation ~

alohahahahaaiiiiii  ~

naaa saya lagi ni  dsini ... kembali untuk mengarut .... hohoho ...

tadii . saya bkolling sama berskpe sama c mamy .... selalu bekoling ja tapi tida tengok muka ... c mamy bilang ... 'naaaa niari baru mamy nampak muka kau .... selalu dengar suara saja .... tidak terubat rindu ,, niari baru terubat rindu  ' huhuhu .. aku pun rindu mamy baa juga ... naaa lepas ni kita rajin-rajin la ber'bidio' kol .. hehehe ... tadi sama mamyy .. ada daddi juga .. tapi dady p locumm .. ada c bb juga ...tapi c bb muhau2 ... kotoh tompinai bilik sebelah ... selalu kamu yang bteriak kan mengacau suasana tenang ... ni kali .. sy yang brabis ktawa2 triak2 time kamu tdurrr . kotoh .. hahaha . kamu maraah dii ? pduli kamuuu ~  ..tadi.. dady sempat lagi nasihat jangan keluar nanti 13 may takut ada rusuhan berikutan dengan pilihan raya baru2 ni ...

naaa ni naaa gambar sama mamy tadi ... c bb ada d sblah tu ...


kurus suda c mamii .. bangga kunun mami cakap dia 56 kg suda .. jadi tida apa la kalau saya sturangg lagi yang gemuk ... nnt tkurus juga ni .. hahaha . kunun ... tiap2 tahun punya niat mau kurus2 kurus kunun last2 x juga apa2 .. makin sihat ja ada . aiyaaaa ...haha tidapa la .. mungkin saya perlu HERBALIFE juga kali ni kan .. hohoho ...

baaaa .. jadiii tompinai2 sekaliann ..... rajin2 la kita contaact2 family yang jauh dari kita ni .. keep in touch selalu ...walaupun ringkas simple ja perbualan sama family ... cukup sudaaa tu untuk buat kita gembiraaaa n ceriaaa n happy .....ehem. sama ja pun gembira sama happy . 

ok laaaa ... sayaaa kasi titikk dulu disini .. sekian ...

TITIK ......................................................................... asystole  ~  

oh hai .. systole kembali ~ kan bagus ni kerusi bgni ... ok bye .


Tuesday, May 7, 2013

Tanpa laptop ? tanpa henpon ?

halooooouuuuu ~  naaa dekat jam 11 sudaa  ... mau membuka soalan lagi ni .. tapi kejap lagi la ...

hari ni d sni shah alam hujan ... sejuk juga kan mau tidur ... uwau ! macam gambar di bawah ... hooo


tapiiiii .... belum lagi mau tdurrr ... sebab mau mengarut duluu ... saya mau cerita pasal barang zaman 

batu  yang saya ada kunun ..  yang first saya mau cerita ... pasal hp saya ...

1. henpung ! 

okkk .. ni hp saya . tapi saya jarang guna ... sebab sy bikin install android apps saja ...bikin main2 apps ja .. bekali2 suda saya fomat ni ...n baru2 sy kasi upgrade software dari 4.0.4 ics pigi 4.1.2 jelly bean .. so far hp ok ja la ... jelly bean punya version ... x juga lagging n function banyak improve ... ehem ... saya ada install radio lite fm,hitz fm, suria sabah fm .. spya saya updated dengan smua lagu2 yang latest kunun . haha . karut .. bila akan ada ahh android apps untuk sabah fm ? 

2. laptop ! kompiuto sa !


.. ok ini c acer 4736 ... yang mamy kasi guna saya dari 2009 .. ini laptop la yang berkhidmat sama saya smpai skrg ... dengan ada nya ni laptop ... assignment sy siap .. saya boleh main game ... saya boleh online ... dan yang penting ... saya dapt tengok movie ... n yang terpenting drama kuria ! hohohoho ... tapii kenapa kamu nampak keyboard jaman batu disini ? sebab .. ni laptop punya keyboard ada yang tida function suda ... hooo ... tapi apa2 pun saya syang laptop saya .. walaupun internal di dalam sda penuh tapi masi pantas .. macam tuan dia juga kan . hebat dan gojes  ! hoho . lagi la tkarut ... saya kira mau kasi format ni lepas saya abis d cni .. mau kasi bagus balik ni keyboard dia ... tap tgk dlu bajet bajetan macamna kan  ... ~ tapi tanpa laptop saya hidup .. tanpa henpon saya mati . hohohohoo ...


ok byee .. sekian itu saja la ahhh ... good night tompinai !







Sunday, May 5, 2013

5mei2013 ..

Haiiii semua ... selamat pagii ....  bersamaan 5 mei 2013 .. awan kelihatan cerah bagus

mengikut keadaan cuaca area setapak...mesti pagi  ni ramai orang... paling tepat rakyat malaysia sibuk pigi

mengundi ni ari  .. konfom la tu ..kewajipan rakyat malaysia kan ... bagi yang belum dapat mengundi ...

termasuk saya .. yang belum ckup umur...termasuk saya yang blm cukup umur.. sabar saja la ahh.. lain kali

mengundi ... bukan ini kali.. heheh..ok ... sebelum sampai ni waktu - hari mengundi- .. banyak saja hal hal ..

berita2 yang kita nampak d media massa .. d tv d pesbuk pesbuk semua kan..sampai rakyat pun x tau mana

satu yang betul mana satu yang tida betul...  di esbuk pun kamu nampk kali .. itu ikan ayam daging sama

sama juga bepolitik...hoho .   sepatutnya kalau kempen mengempen ni patut dengan cara yang aman baa ni ..
bila sda start yang begaduh2.. itu yang x siok tu .. kalau bagi saya la kan ... kalau mau jadi pemimpin kan

..yang mau disayangi rakyat patut  pemimpin tunjuk contoh yang bagus bah .yang holiao .... mesti ada niat

yang ikhlas.. yang tulus mulus suci.. bukan time dekat2  pilihan raya baru mau dtg sama rakyat.. disana la tu

timbul macam konflik .. macam2 yang kita dgar dari rakyat2  malaysia.. pok undi la apa la smua... siapa

 juga yang takut kalah kan ? hilang kuasa smua ? tp yang penting niat bah tu .kalu setakat berlagak baik

yang dekat2 pilihan raya .. itu yang tida manis tu ... bila kita baik sma orang lain .. itu orang pun akan senang

sama kita..susah senang bersamakan.. ini tidak segelintir rakyat malaysia(penyokong parti2 tertentu)

 pula yang banyak berperang mulut .. begitu ka 1 malaysia...? sepatutnya bersatu bah secara aman...

walaupun sokong parti yang berlainan.. tapi tetap aman dan harmoni...begitu baru la 1 malaysia ..

baru kena hormat oleh negara2 jiran .. ini sikit2 mau gaduh .. mau btumbuk bgusti bebunuh...

wajar ka juga tu bgitu ? saya rasa tidak patut juga bgtu.. sama ada bn atau pkr .. dua2 ada kekuatan

dan kelemahan.. manada yang perfect semua ...jadi kita berdoa saja agar pilihan raya ni  .. aktiviti undi

mengundi berjalan dengan lancar dan aman   .. yang penting rakyat buat keputusan yang bijak la ..

 fikir pro dan kontra.. semua aspek lah mau difikir .. yang umat beragama kristian .. jangan lupa pgi

sembayang dulu sebelum pigi  mengundi... kasi tanang2 dulu tu jiwa dan perasaan . hoho...

tapiiii tapiiiii tapiiii ... ada satu yang saya tidak berapa setuju .... PTPTN kena kasi mansuh ... itu sy fikir2 ..

macam tidak patut ini .. cuba kalau difikir balik .. kalau ya pun mau kasi mansuh kan .. jgn la 100% .. kalau

mau free pun takkan sampai belebih2 ... kalau la betul kena kasi free kan .. tida tau la apa mau jadi .. tiada

daya saing suda tu mau jadi yang terbaik dalam pendidikan .. pass atau fail pun sama juga .. freeee maaahhh

masuk ipta / ipts mau pigi main main pun boleh juga .. sebab belajar free kan ,..sepatutnya pelajar yang dari

keluarga yang berpendapatan rendah ja kena kasi ni pengecualian ... bagi saya la ... kalau la kena mansuh

semua .. sedih la ... belajar free nanti usaha pun free juga .. tidak serius dalam pelajaran .. pandang rendah

sama akademik ... sebab tida paya bayar juga kan ? lulus atau gagal sama juga ... bukan mau bayar jugakan

.. pelajar tidak rugi apa2... tiada suda intrinsic faktor yang bikin semangat untuk belajar ... mau pegi joli ...

main2... okee 24 jam mode activation on ... kalau belajar ... lain kali la .. kirim salam .. duduk exam tidak

tau apa ... disana la baru ada rasa terTIWAS sikit kan ... tapi x effect juga kan .. kebal.. sebab

None of the money will come out from the pocket ...

ok la cukup suda la saya mau bising-bsing di sni .. emosi pula nanti ... eheeemm .

p/s : saya tida minat politik .. ohya ... masuk tandas pun mau kena bayar ohh sekarang ..

manada yang free sebenarnya ni .. semuanya karut ..duit masuk tandas bila mau kena kasi mansuh ?

ohohohoh .. kano mooi undii   ~ <-- betul ka juga tu ? haha