ROXANNE RACHEL YANG COMEL


Candy Crush Saga -  Color Bomb

Saturday, October 23, 2010

Ingat Ingat la Mama kita ~

Bila seronok aku cari...pasanganku..

Bila sedih aku cari...Mak

Bila berjaya aku ceritakan pada ..pasanganku..

Bila gagal aku ceritakan pada..Mak

Bila bahagia aku peluk erat...pasanganku..

Bila berduka akupeluk erat ..Emakku

Bila nak bercuti akubawa...pasanganku..

Bila sibuk aku hantar anak ke rumah..Mak

Bilasambut Valentine..Aku bagi hadiah pada ...pasanganku..

Bila sambut Hari Ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"



Selalu...Mak ingat aku

Bila-bila aku akan telefon pasanganku...

Entah bila ...aku nak telefon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku...

Entah bila ...aku nak belikan hadiah untuk Emak



Renungkan..

"kalau kau sudah habis dan bekerja...

bolehkah kau kirim wang untuk Mak?

Mak bukan nak banyak ...lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah..."



Berderai airmata jika kita mendengarnya...



Tapi kalau mak sudah tiada..



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya..

Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..

Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya..

Berapa ramai yang sanggup ...membersihkan najis ibunya..

Berapa ramai yang sanggup ...membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...

Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..

Dan akhir sekali..berapa ramai yang sembahyangkan JENAZAH ibunya.....

READ THIS

Memang sukar utk org lain percaya, tp itulah yg berlaku. Ibu sy memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan sy, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi sy. Sy perlu catatkan segala pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua.



Cerita ini bermula ketika sy masih kecil. Sy lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yg masih kecil, sy sering saja merungut. Sy menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya utk sy. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk sy, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.





Ketika sy mulai besar, mak yg gigih sering meluangkan waktu senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu sy memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg sy makan tadi.Sy sedih melihat mak seperti itu. Hati sy tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, sy memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.





Di usia awal remaja, sy masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan sy, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, sy terjaga dari tidur. Sy melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali sy lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Sy berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.





Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani sy pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu sy di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar sy lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut sy dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, sy segera memberikan cawan sy itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.







Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas sy baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.







Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.







Setelah tamat pengajian di universiti, sy melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian sy di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu sy sudahi dengan cemerlang, kemudian sy pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian sy, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, sy berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan sy, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan sy. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.







Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam sy menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Sy menjenguk ibunda tercinta.Sy melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah sy dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan sy sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Sy dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.Sy menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Sy cium tangan mak, kemudian sy kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati sy terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.









Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: "MAK, SAYA SAYANGKAN MAK." Tapi tidak sy. Sehingga kini sy diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun sy membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan sy. SAYA SAYANGKAN MAK...

Thursday, October 21, 2010

CLINICAL POSTING !

Hmm... Buat masa ni ok .. Still Banyak Cross MAw kejar.. Atleast 28 cross Mw dapat baru bole ambil exam summative.. kalau x.. Huhu ! . sekarg baru dapt 9 Cross Camaana ni ~ aiya .. teruk oo kalau gni ~

 maw study lagi utk summative..aiya bigung betul ni gni oo ~ ee..

Hope sy dapat catch up la semua tu ~

P/s: kpd ssorg tu .. jgn suka menaikkan darah time keja ~. sy anti bgtu .. bikin hilag mUd ~ 

Sunday, September 5, 2010

Weee ~ SERONOTNYA ~

YEAH ari ni 5hb sept 2010.. skjap lg maw pulg keningau.. huhu.. miz family..
teringinn maw spend my holiday with my family..

Saturday, August 28, 2010

5 Days Holiday ~

Holiday  is Boring~
Lagi2 kalau di hostel cp ja..
Sy pulang p tmpt uncle cni setapak..
dia ambil sy time hari khamis tu.. ngam2 abis exam n abis kelas..ngam2 uncle n kwn dia smpi..
sy pun cpat2 p bilik n mengemas..

Malam Khamis~
durg uncle bawa p makan luar..
d restoran cina kami mkan..
sedap jua la .. hehehe
trus x p mana2..p makan saja then pulang..

Pagi jumaat ~ aku x buat pa2 jua.. diam2 d rumah ja.. bosan maw gila.. buat pa2 yg ptut ja la..

malam jumaat ~ anty x masak.. da bawa p bandar tapau makanan utk uncle then.. makan tapau pizza ja.. domino pizza.. nyum2.. tu ja kami makan utk makan malam.

Pagi sabtu~ lagi la bosan.. buat pa2 ja yg ptuut... n ttdr time 2 hgga 3 ptg ..-mgharapkan mlm cpat tiba~ ahaha

malam sabtu ..iaitu sekarng...tggu anty siap masak. sy lapar.. menaip nonsense dlm ini blog..~ ahaahha.. bosan ..


Tuesday, August 24, 2010

Fundamental of Nursing Presentation!

Will have Fon Presentation 2moro.. Just have another 11 hours to prepare myself for 2moro presentation..omg ! feeling freaking nervous~ hope can present well during the presentation..Is all about Faye Glenn Abdellah..And i gonna present about he career and her educational achivement.. even i just need to present about that, but im still nervous.. scared with all the others eye which will starring during my presentation ~


Oh God Give me a strength.. hope we'll be relax during presentation ~


=D

Monday, August 16, 2010

Fundamental Of Nursing Assignment~

Deadline is arriving .. But my job as (Manufacturer's slide show) has not been completed. very stress 

And Also tomorrow is a formative test for nutrition..
Hoping That i can do well on the test~