Wednesday, January 29, 2014
Wasting time ~
Saya membuang masa dulu sekejap dalam beberapa minit untuk meng-update blog yang telah terbengkalai sejak awal bulan lagi .. hoho .. Macam projek terbengkalai pula ..
Hmm .. tiada juga bah kekarutan saya ni petang-petang .. Haha.. Malas oo mau balik kk nanti jam 4 ..
Menaiki kuda tungma ~ ohooo . Habis cuti .. Besok kerjaaa .. Yang lain public holiday.. public holiday di hospital saja la nanti ni ..
Ok laa .. nanti ada masa mau update-update lagi ni .. tu pun kalau ada sumber kekarutan .
Sekian ~ you gonna hear me ROAR ~ ~ *mendengar lagu yang berkumandang di blog* sekarang lagu Demons by Imagine Dragons ! It's where my demons hide It's where my demons hide ~
Thursday, January 2, 2014
Sikit-sikit lama lama jadi bukit ? Pernah dengar ?
Naaaa .. saya jumpa suda sumber untuk jadi kekarutan saya ni malam .. Kekarutan yang bagus la .. hehe .
JENGJENGJENG !
Naaaa .. topik utama ! Buletin utama ! DUIT TUSIN WANG KARATAS BANYAK YUHUUU !
Untuk tidak berteka teki .. saja la mau share share kan apa CHALLENGE tahunan yang saya ternampak tadi ...
TAAAADAAAAAAAAA ~~~~~~
52 WEEKS MONEY CHALLENGE !
Hehe ..suspen ka ? suspen ? hiihi . jangan marah ah .. begini challenge dia ... sambil2 challenge diri sendiri .. sambil-sambil juga mengumpul .. hehe .. ni naaa . saya kasi tunjuk tu gambar plan dia .. *saya copy dari google saja ba * hehe
Amacam ? Lumayan juga kan ... Tiap-tiap minggu simpan duit .. Hujung-hujung tahun ada juga RM 1000 ++ .. Bulih suda bikin balanja makan-makan tukar tahun kan ? krismas kaa .. hehe .. Siok juga la kan .. macam tarik-tarikan untuk diri sendiri pula kan . haha
Mau cuba la ni tahun .. Yang penting disiplin itu mesti ada .. hehe .. Simpan untuk kegunaan masa depan kan orang bilang . hehe . Daripada habis saja kena belanja belanja .. Bulih carry forward juga kan untuk tahun tahun seterusnya .. Bulih jadi millionaire oo kan .. kununnlaa .. saja ja tu kasi senang -senang hati .. hihi .. tidaa baaa .. jangan mara haaa . nanti kena jual ~ 25 % macam kassim patalon cakap . haha ..tiba-tiba keluar watak dari 3 ABDUL .
baaaa ... jadi apa lagi ? Baru start minggu pertama ni 2014 .. Mulakan dari RM 1 . Belum terlambat lagi kan wahai tambalut tambalut sekalian ?
APA-APA PUN DARI KITA SAJA BAH TU .. Kihaaaaa !
Sekian , terima kasih & selamat malam.
P/s : Salah 1 lagu background saya adalah 22 .Nyanyian daripada kaka angkat saya yang nun jauh di sana . Taylor swift .. Saya memilih lagu beliau kerana saya akan berumur 22 tahun pada 2014 . yeehaaaa ..
ARISTOTLE bilang Good habits formed at youth make all the difference.
Sambil-sambil saya google tadi pasal 22 tahun .. saya nampak ni 1 blogger cakap pasal
http://singled-in.blogspot.com/2011/03/22-things-i-feel-about-turning-22.html
Ok byeeee ~
Tahun Baru ? New year Resolution ?
Ok selamat datang kepada TYB 2014 ~ hehehe .. Farewell kepada 2013 ..Thanks for the memories .
Baaa jadi apa macam sambutan ?? Mesti meriah kan ? hihi ..
Saya punya sambutan .. ehemm ... saya tidur ja tu dari 31 dec 2013 jam 10 ++ pm begitu . terus tahun depan baru saya bangun .. jam 550 am 1 jan 2014.. sebab saya syif pagi bogia . haha
APA -APA PUN .. DARI KITA SAJA BAH ITU .. saya pun tida tau mau mengarut apa disini . haha
nanti la cari sumber dulu untuk dikarut karutkan hehe !!
Sekian .. Terima Kasih !
Saturday, December 28, 2013
Kihaaaaa ! Merry Merry Chirstmas & Happy 2014 !
Wednesday, September 11, 2013
Bermulanya kisah hidup baru ?
Halo semua .. selamat malam ..
Secara rasminya saya ditempatkan di Hospital Queen Elizabeth I .
ok . saya masi blur2 di sana .. saya takut .. smua perasaan bercampur baur macam itu coffee mixx .
Bersyukur juga sebab dapat tempat yang dekat .. senang balik pigi keningau .. tidak payah naik kapal terbang . weeeeheeee !
Ok . apa saya rasa pakai unifom? saya rasa janggal . tida tau kenapa .. hehe ..
walaupun kawan2 terpisah..kawan2 kolej dulu ada yang dapat tempat berlainan . ada yang area kk ja . dekat .. bagus . tapi yang area jauh ? hm . walaupun jauh .. persahabatan kita tetap berkekalan ..
Terima saja dimana penempatan yang kita dapat ... walaupun sukar ...untuk belajar berdikari ..bila lagi mau ambil pengalaman baru kan ? saya yang dapat di kk pun ... nangis2 sebab rinduu mamy dan bb ..
Saya akan buat yang terbaik dan terbaik untuk jadi seorang jururawat yang berguna ! haha..
saya haraap juga saya dapat mentor bagus dan tida sombong .. yang ikhlas mau ajar ... juga kepada student2 kskb .. ajar2 la saya yang tida tau apa2 pasal setting gov.
sekian .. mengantuk .
Sunday, September 8, 2013
Korean ?
1. Orang Korea jarang makan guna tangan kerana dianggap sebagai kurang sopan
2. Orang Korea suka makan bawang putih kerana dipercayai dapat meneutralkan darah
3. Selain disebut sebagai negara Gingseng, Korea Selatan juga terkenal dengan gelaran 'Republic of Plastic Surgery'
4. Remaja di Korea lebih suka hadiah ulang tahun seperti pembedahan plastik berbanding hadiah seperti kereta dan sejenisnya
5. Had umur remaja Korea untuk melakukan pembedahan plastik mestilah berumur atas 14 tahun
6. Negara yang ingin bersaing dengan Korea dalam hal pembedahan plastik adalah Thailand.
7. Majalah-majalah di Korea mempunyai banyak iklan tentang pembedahan plastik dan itu adalah perkara biasa
8. 50% wanita berumur 20 tahun di Korea Selatan pernah menjalani pembedahan plastik.
9. Semasa cuti sekolah panjang, kebanyakkan pelajar Korea akan melakukan pembedahan plastik.
10. Tempat pembedahan plastik paling canggih dan moden berada di Korea Selatan
11. Artis Korea yang melakukan pembedahan plastik adalah perkara yang perlu dan biasa.
12. 40% pengunjung klinik untuk pembedahan plastik adalah golongan lelaki.
13. Rata-rata lelaki Korea menjalankan pembedahan pada bahagian mata agar menjadi lebih besar dan ada juga lelaki Korea yang menjalani pembedahan plastik untuk mengecilkan payudaranya.
14. Berdasarkan kajian, lelaki Korea melakukan pembedahan plastik kerana ingin kelihatan seperti Jang Dong Gun
15. Kos pembedahan plastik di Korea 50% lebih murah berbanding Jepun.
16. Wanita Korea yang menjalani pembedahan plastik agar wajah kelihatan seperti Song Hye Gyo
17. Pembedahan plastik adalah perkara yang biasa di Korea, jadi ia bukan satu masalah jika banyak artis yang melakukan pembedahan plastik
18. Wanita Korea ramai yang mengubah mata mereka menjadi lebih besar dengan pembedahan plastik
19. Mengikut kajian responden, 70% lelaki ingin menjalani pembedahan plastik
20. Kebanyakkan orang Korea menghabiskan 30% dari hasil pendapatan untuk pembedahan plastik
21. Di Korea Selatan, terdapat 1,200 doktor bedah plastik, namun jumlah itu masih dianggap kurang.
22. 95% orang Korea yang mempuyai lipatan di kelopak mata adalah hasil dari pembedahan plastik.
23. 25% ibu-ibu di Korea menyuruh anaknya yang masih berumur 12-16 tahun untuk melakukan pembedahan plastik
24. 76% wanita Korea berumur 20-30 tahun sudah melakukan pembedahan plastik
25. Di Korea, masih tiada lagi ujian untuk menentukan kecemerlangan pelajar dan 2 minggu sebelum ujian bermula, perpustakaan akan penuh dengan pelajar.
26. Di Korea, sekiranya ada pensyarah yang terlambat walau hanya 2 minit, maka pensyarah tadi akan segera meminta maaf kepada mahasiswanya
27. Semua mahasiswa Korea diwajibkan untuk bercuti selama 1 semester atau lebih sepanjang menjadi mahasiswa
28. Di Korea, Kimchi dipercayai dapat menambah selera makan.
29. Kimchi tersenarai di dalam 5 makanan tersihat dunia versi Majalah Healt Magazine
30. Di Korea, enjin carian Yahoo dan Google kurang popular kerana mereka lebih suka menggunakan enjin carian tempatan.
31. Ketika mengambil gambar, orang Korea lebih suka mengucapkan perkataan 'kimchi' daripada 'cheese'
32. Bahasa pergaulan remaja Korea lebih cenderung berbentuk singkatan seperti "AMIGO", salah satu judul lagu SHINee yang panjangnya adalah Areumdaun Minyeorueljoahamyeon Gosaenghanda (Hati jadi sakit ketika kamu jatuh cinta dengan si cantik)
33. Di Korea, ada hantu nakal yang disebut Dokkaebi, mempunyai 1 tanduk di kepalanya dan selalu membawa tongkat ajaib
34. Orang Korea suka makan mie di kedai kerana kalau dibungkus, ia akan berasa kurang panas dan itu sudah jadi kebiasaan.
35. Orang Korea bebas untuk memilih agama masing-masing. Bahkan orang Korea juga boleh untuk tidak memilih/ menganut agama apapun.
36. Jumlah penduduk Korea Selatan yang belum/ tidak memiliki agama sekitar 45.6%
37. Orang Korea biasanya makan dengan duduk di atas bantal (tanpa kursi) pada meja yang rendah dengan posisi kaki bersila.
38. Hallyu atau Korean Wave adalah istilah yang diberikan untuk tersebarnya budaya Pop Korea di pelbagai negara di dunia
39. Perusahaan TV Korea mengeluarkan biaya yang besar untuk menghasilkan drama dan ada yang berjaya di eksport keluar negara.
40. Marga Kim adalah marga paling banyak dipakai di Korea.
41. Bahasa Korea diakui sebagai bahasa paling logik di dunia karena konsonan dan vokal mudah dibezakan. Terutama konsonan menunjuk lokasi bibir, mulut, dan lidah
42. Rain adalah penyanyi Korea yang mengadakan konset antarabangsa di Madison Square Garden
43. Di Korea Selatan, terdapat siaran EBS(Educational Broadcasting System) untuk membantu pelajar belajar dengan lebih efisyen.
44. Lokasi pengambaran filem/drama bersiri Korea kebanyakan di buat di lokasi-lokasi menarik di Korea sekaligus dapat mempromosikannya
45. Pemilihan muzik latar untuk drama bersiri Korea sangat penting, bahkan semua pihak perlu terlibat bersama menghasilkannya.
46. Kebanyakkan drama bersiri/filem Korea yang di adaptasi dari komik/novel yang berjaya.
47. Drama bersiri Korea sangat digemari kerana jalan cerita yang menarik dan jumlah episod yang tidak terlalu banyak
48. Ketika ujian akhir di Korea, banyak keluarga akan memberi semangat kepada anak-anak agar sapat lulus dengan cemerlang.
49. Korea Selatan adalah negara yang paling maju dan inovatif untuk urusan pembedahan plastik
50. Pohon pinus adalah pohon cinta bagi orang Korea kerana mengandungi ikatan cinta yang kukuh, lurus dan tak akan pernah berakhir
51. Pulau Nami adalah pulau buatan yang dijadikan lokasi pengambaran drama bersiri Korea yang sangat terkenal iaitu Winter Sonata
52. Untuk mengelilingi Pulau Nami, hanya diperlukan masa selama 2 jam dengan hanya berjalan kaki.
53. Banyak drama bersiri Korea yang melibatkan pohon pinus
54. Kunjungan ke Muzium Teddy Bear di Korea meningkat setelah tertayangnya drama bersiri berjudul Goong/Princess Hours.
55. Kantin dalam drama bersiri BFF sebenarnya berbeza dengan tempat sekolah itu sendiri
56. Kebanyakkan orang Korea membunuh diri dengan cara menggantung dirinya
57. Pemerintah Korea membuka kaunter nasihat untuk mereka yang mengalami stress agar dapat mengurangkan kejadian bunuh diri
58. Artis korea tidak terlalu jaim
59. Salah satu penyebab bunuh diri di Korea adalah faktor ekonomi dan stress.
60. Ada laman web bunuh diri di Korea, dimana pengunjungnya akan berbual dan bertemu untuk bunuh diri bersama.
61. Banyak juga remaja Korea yang mengalami stress mengikut idolanya untuk membunuh diri sebagai jalan keluar
62. Remaja Korea rata-ratanya membunuh diri kerana stress akibat tempoh belajar yang panjang di Korea
63. Pemerintah Korea berjaya menutup sebanyak 250 laman web untuk membunuh diri pada tahun ini
64. Orang Korea suka minum kopi luwak dari Indonesia
65. Orang Korea jika berbuat salah akan segera mengakuinya dengan cepat dan jujur
66. Ada obor-obor yang di makan hidup-hidup oleh orang Korea
67. Tiada pelajar Korea yang merokok
68. Suneung atau Ujian Masuk Perguruan Tinggi Negeri di Korea dilaksanakan pada 13 November dan merupakan sesuatu yang unik
69. Suneung sangat dinanti-nantikan oleh para pelajar sekolah menengah di Korea kerana pada hari itu mereka akan bermati-matian menjawab soalan ujian.
70. Keluarga pelajar yang mengambil ujian di Suneung akan membawa sepanduk sebagai pemberi semangat
71. Pelajar sekolah menengah di Korea sudah diberikan tugasan rumah dan hanya disuruh belajar untuk ujian Suneung
72. Sekiranya lokasi ujian dijalankan berdekatan dengan bangunan atau stadium, maka bangunan/stadium itu akan ditutup sepanjang ujian berjalan.
73. Ahli keluarga akan memberikan hadiah kepada pelajar sebelum mengikuti Suneung
74. Hadiah yang biasa diberikan kepada pelajar ketika ujian Suneung adalah garpu, cermin dan tisu tandas. Garpu dianggap sebagai semoga tepat mengenai sasaran (jawapan).
75. Ada juga yang memberi semangat kepada pelajar yang mengambil ujian dengan mengupah pasukan sorak
76. Peserta ujian juga dilarang dari makan sup rumpai laut kerana licin. Dan licin sama ertinya dengan jatuh dan gagal.
77. Orang Korea memiliki sikap disiplin yang tinggi
78. Orang Korea suka mengucapkan aigoo (OMG)
79. Orang Korea lebih suka mengucapkan saranghae kepada teman rapat berbanding kekasih.
80. Banyak pelajar Korea yang bunuh diri kerana gagal masuk ke universiti. Sekitar 200 pelajar Korea bunuh diri kerana gagal masuk ke universiti selama setahun.
81. Ada beberapa sekolah di Korea yang jam belajarnya adalah 15 jam sehari
82. Orang Korea jarang mandi ketika musim sejuk
83. Kebanyakan makanan Korea mengandungi babi
84. Warga Korea Selatan dinobatkan sebagai warga negara paling stress di dunia kerana sukarnya kehidupan disana sehingga banyak yang mati bunuh diri
85. Orang Korea suka makanan panas
86. Kebanyakan lelaki Korea lebih romantik dan penyabar berbanding kekasihnya
87. Lelaki yang minum arak adalah perkara biasa di Korea
88. 81% penduduk Korea mengalami stress pada setiap hari
89. Orang Korea sudah terbiasa dengan antri dan berisik
90. Orang Korea kebanyakkannya menganut agama Buddha
91. Anak-anak perempuan di Korea biasanya bermain permainan gongginori iaitu sejenis permainan mirip dengan bola jaring.
92. Pulau Jeju adalah pulau paling terkenal di Korea dan sering dijadikan tempat pengambaran drama bersiri Korea
93. Tidak ada tempoh orientasi siswa ketika remaja Korea mula masuk ke universiti
94. The Garden of Morning Calm adalah taman tempat pengambaran drama bersiri You're Beautiful semasa Go Mi Nam memakai baju perempuan di rumah kaca
95. Jika ada yang mengucapkan "terima kasih" mereka jarang menggunakan kata "sama-sama" kerana diangap kurang sopan, tapi mereka lebih sering mengucapkan "tidak mengapa"
96. Orang Korea lebih suka menggunakan enjin carian tempatanl seperti Daum
97. Jika ada yang mengatakan "kamu cantik/" orang Korea jarang membalas "terima kasih" kerana dianggap terlalu bongkak. Mereka sering mengatakan "aah aniyo (tidaklah)"
98. Bunuh diri merupakan penyebab kematian utama bagi lelaki Korea yang berusia antara 18-35 tahun
99. Ketika putus cinta, kebanyakan lelaki yang akan berasa trauma atau sakit hati berpanjangan kerana mereka lebih menghargai
100. Orang Korea jika berbuat salah akan cepat meminta maaf.
Copied from Aku lahir di Sabah , aku membesar di Sabah . jadi kenapalah BAH .